Friday, July 2, 2010

Tiga Nasihat Dari Seekor Burung




Sedar tak sedar jam dah pun menunjukkan pukul 4.30 pagi..Mata saya ni masih tak bleh nak dilelapkan.Nak tengok bola pun Uruguay lwn Ghana mcm boring ja,klu negara yg best2 cam Argentina atau German yang lwn dh tentu saya layan..Brazil dh kalah dgn Netherland sebelum tu..So saya pun teringatkan satu buku Hidayah yg saya beli x lama dulu utk dibacalah..'belek punya belek' terbaca la satu kisah ni iaitu mengenai kisah tiga nasihat dari seekor burung..menarik kisahnya sebab tu terus rasa nk kongsi dgn suma yang sudi singgah kat blog saya ni...moga bleh dijadikan iktibar untuk kita semua..ceritanya begini...


PADA suatu hari,ada seseorang menangkap seekor burung. Burung itu berkata kepadanya"Aku x berguna bagimu sebagai tawanan. Lepaskan saja aku. Nanti aku beri kau 3 nasihat."

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang tu..Yg kedua akan diberikan bila ia dah hinggap di cabang pohon, dan yg ketiga bila sudah mencapai puncak bukit.

Orang tu pun setuju la sambil meminta nasihat pertama. Kata burung tu,"Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang tu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Lalu diberikan nasihat kedua oleh burung tu"Jangan percaya kepada segala yg bertentangan dengan akal, apabila tiada bukti". Kemudian burung itu pun terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata "Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat dua permata besar, kalau saja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehinya". Orang itu sangat menyesal memikrkan kehilangannya, namun katanya setidaknya, katakan padanya nasihat yg ketiga itu!

Si burung menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat yg ketiga sedangkan yg kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan sesuatu yg berharga dan jangan mempercayai hal yg bertentangan dengan akal.

"Kini kau malah melakukan kedua-duanya.Kau percaya pada hal yg xmasuk akal dan menyesali kehilanganku. Aku pun tidak cukup untuk menyimpan dua permata besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yg disediakan bagi manusia".


Begitulah ceritanya semoga kandungannya bleh la direnung2kan pengajarannya..Mata pun sudah mengantuk..Nk setel baju yg tengah dok basuh tu..Kemudian tido..huhu..Renung2kan dan selamat beramal..Salam..

Ahlan Wa Sahlan



Bersyukur kehadrat Ilahi kerna dgn limpah kurnianya,dpt juga saya memiliki blog sendiri.Sebenarnya dah lama saya ingin memiliki blog sendiri tetapi kerana kurangnya ilmu mengenainya maka hasrat saya itu saya simpan untuk seketika. Tetapi semasa pulang ke kampung tempohari saya bertemu kawan saya saudara Mohd Hazri lalu bertanya mengenai cara2 membuat blog. Akhirnya dengan bantuan darinya lah baru saya dapat menghasilkan blog ini.Maklumlah orang kurang ilmu IT la katakan. Kawan saya ni pulak memang pakar bab2 IT ni..so dengan pertolongan darinya la saya buat blog ni. Walaupun beliau dalam keadaan letih kerana baru balik dari kerja namun dia tetap bertungkus lumus menolong saya. Terima kasih banyak2...hehe..

Tujuan saya namakan blog ni Rencana Dunia kerana seperti mana yg kita tahu..rencana yg berlaku di dunia ini mempunyai ilmu dan manafaatnya sendiri. Segala yang berlaku tentu terkandung pelbagai hikmah dan ilmu pengetahuan yg dapat kita kupas untuk dikongsikan bersama. Tak kiralah ilmu mengenai..kehidupan, pengetahuan am, sudut keagamaan, ilmu IT,sukan atau sebagainya..xlupa juga sedikit cerita2 mengenai movie2 bru atu sebagainya sebagai hiburan hehe..maka blog saya ni mungkin terdiri dari kesemua bab yg saya utarakan tadi..Insyaallah..Jadi jika terdapat sebarang komen atau cadangan untuk penulis blog baru seperti saya ni silalah maklumkan dalam blog saya ni..Terima kasih..
Hmm..cukup sampai di sini saja untuk kali ini sebagai pengenalan..Wassalam...